Berita

Hiasan mewah pesta cahaya bertemakan ‘Little India’ di Suria KLCC

HIASAN mewah berkonsepkan ‘Little India’ dipamerkan di ruang legar utama Suria KLCC
- Diterbit 8 November 2021 3:00 AM MYT

DEKORASI serta sentuhan mewah oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang dikenali sebagai Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall bakal menghiasi pusat beli-belah Suria KLCC sempena sambutan pesta cahaya atau Hari Deepavali.

Sambutan yang bakal tiba pada 4 November ini menampilkan pelbagai rona warna dan kilauan hiasan akan menyemarakkan keakraban kekeluargaan, keriangan di samping menyatukan semangat kelestarian di kalangan masyarakat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Suria KLCC, Andrew Brian  berkata, sambutan ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 29 Oktober hingga 7 November ini dengan bertemakan ‘Little India’. 

“Dalam memastikan tema tersebut jelas kelihatan, sebuah gerai  bunga dan gerai rempah akan dipamerkan di ruang legar utama Suria KLCC sebagai latar belakang yang menarik bagi tujuan sesi bergambar,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, para pengunjung juga akan disambut mesra dengan hiasan kolam tradisional mewah berkeluasan 20 kaki diameter di dataran Centre  Court.

“Kolam mewah yang dilengkapi dengan penderia gerakkan akan diwarnai dengan persembahan cahaya apabila pengunjung melambai tangan penderia tersebut.

“Selain itu, di Alamanda  Putrajaya juga kami akanmengadakan kempen ‘One Year Free Shopping’  terbesar yang membolehkan para pengunjung yang berbelanja RM300 atau lebih dengan rekod dua resit di mana-mana kedai terpilih untuk memenangi baucar bernilai RM12,000 dalam acara cabutan bertuah,”  jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas