Berita

Hari Terbuka Taska Seri Manja-Saleha meriah

TENAGA pengajar sabar melayan kerenah si manja.
- Diterbit 27 Disember 2019 8:40 AM MYT

PROGRAM Hari Terbuka Taska Seri Manja-Saleha, Presint 15, Putrajaya yang diadakan baru-baru ini memberikan peluang kepada ibu bapa dan penjaga mengetahui lebih dekat mengenai kaedah pembelajaran dan penjagaan kanak-kanak yang dihantar di situ.

Menurut pengasasnya, Datin Radziah Mohd Daud, program hari terbuka tersebut dapat memperkenalkan taska tersebut kepada ibu bapa agar mereka dapat memahami secara jelas perkhidmatan penjagaan dan pendidikan yang disediakan.

DATIN Radziah

“Hasil pengalaman selama 40 tahun dalam perkhidmatan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, saya menyediakan khidmat taska ini bagi membantu golongan ibu bapa di kawasan ini.

“Program hari terbuka ini dapat memberikan maklumat kepada ibu bapa dan kanakkanak mengenai sistem asuhan dan pendidikan yang diamalkan di sini,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini. Radziah berkata, taska yang beroperasi di Presint 15 kini mempunyai 15 kanak-kanak yang berumur dari peringkat bayi sehingga umur 4 tahun.

Jelasnya, pelbagai aktiviti yang dijalankan pada program hari terbuka itu antaranya teknik urutan bayi, ‘Young Builder Project yang menggunakan barangan kitar semula dan aktiviti bercerita.

Radziah memberitahu, taska di Presint 15 merupakan cawangan kedua setelah beroperasi di Menara Seri Wilayah sejak 2013 dan ia telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kata beliau, pihaknya mempunyai empat tenaga pengajar di taska tersebut yang merupakan lulusan ijazah sarjana muda, diploma dan Sijil Kursus Asas Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak kanak (KAP) serta seorang tukang masak.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas