Berita

Harga warung, Harga warung, rasa hotel rasa hotel 5 bintang

RESTORAN Westplate Factory di Seksyen 23, Shah Alam.
- Diterbit 30 Oktober 2020 4:30 AM MYT

DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita digalakkan duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian COVID-19.

Bila berada di rumah, macam- macam jenis makanan yang dimasak atau dipesan terus dengan menggunakan aplikasi dalam talian sebagai perantaraan. Pelbagai jenis resipi menjadi pilihan. Nak selera utara, pantai timur, Arab, Korea, Jepun, Thailand, semuanya ada.

Namun, sekali-sekala tekak kita pun teringin hidangan bukan Melayu seperti makanan barat yang sedap dan murah. Mana lagi kalau bukan di Restoran Westplate Factory, Shah
Alam, Selangor.

Bertemakan harga warung, rasa seperti hotel lima bintang, makanan barat di restoran ini cukup mendapat sambutan hebat. Saiz hidangan yang besar, bahan mentah yang segar dan harga lebih murah membuatkan pelanggan seperti berada di hotel ternama.

Antara menu istimewa yang ada di Westplate Factory adalah Lambstew (untuk empat orang) pada harga hanya RM 39.90 berbanding di tempat lain harganya lebih RM50.

Begitu juga dengan chicken chop dengan saiz hidangan yang besar, hanya RM 8.90 berbanding di tempat lain, harganya mencecah RM15.

Banyak lagi menu barat lain yang murah tetapi sedap seperti nasi goreng kambing, oglio seafood, tbone steak and sizzling, matadors, sweedish meatball dan banyak lagi.

Menurut, Pengurus Westplate Factory, Suhaily Sahad, walaupun restoran agak terjejas dengan penularan wabak COVID-19, pihaknya tidak menaikkan harga sesuka hati namun masih menawarkan diskaun.

“Kami mula beroperasi pada Jun lalu setelah perancangan awal dibuat sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Walaupun pendapatan sangat terjejas, namun saya yakin ada hikmah di sebalik semua ini.

“Alhamdulillah, ramai pelanggan yang setia dengan khidmat kami apabila mereka jatuh cinta dengan hidangan yang sedap dan murah. Rata-rata mereka terkejut dengan harga ditawarkan,” ujarnya.

Malah dia juga percaya, dengan niat berniaga serta dalam masa yang sama tidak mahu membebankan peminat makanan barat, restorannya terus menjadi pilihan.

“Ini secara tidak langsung, telah membantu menambah pendapatan anak-anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan,” katanya yang tetap meneruskan operasi restoran kerana tidak mahu pekerja kehilangan sumber pendapatan.

Suhaily turut mengalu- alukan pelanggan ke restoran yang mana mereka tidak perlu risau kerana Westplate Factory tetap mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Anda juga boleh menempah makanan melalui dalam talian dan ia bakal sampai ke rumah anda dalam masa yang singkat,” ujarnya lagi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas