Berita

Harga siling topeng muka RM1.50

- Diterbit 30 Mac 2020 7:43 AM MYT

PUTRAJAYA – Harga siling bagi topeng muka ditetapkan pada harga RM1.50 berbanding RM2 sebelum ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga tersebut dipersetujui hasil mesyuarat (Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan) iaitu lebih murah 50 sen daripada sebelumnya.

“Topeng muka tidak banyak dikeluarkan dalam negara tetapi diimport.

“Justeru, ia terikat pada harga import. Kerajaan akan terus mengkaji dari semasa ke semasa, sekiranya didapati harga dibeli telah menurun, kita akan semak semula,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan tiada harga kawalan bagi hand sanitizer (pembersih tangan). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas