Biz

Hanya tunjuk MyKad, warga emas dapat diskaun tambahan belanja di Giant

SEA (Makanan) DFI (Kumpulan Runcit DFI) Lee Yik Hun.|MOHAMED Ahmad dan isteri menjadi antara pelanggan warga emas yang menikmati diskaun tambahan di Giant.|
- Diterbit 27 Oktober 2022 12:56 PM MYT

“MEREKA hanya perlu mengemukakan MyKad sebagai pengesahan ketika pembayaran,” jelas Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) DFI (Kumpulan Runcit DFI) Lee Yik Hun, yang memberi peluang kepada warga emas untuk berbelanja di Pasar Raya Giant dengan diskaun tambahan.

Pengumuman itu dibuat sempena meraikan ulang tahun pertama kempen ‘Harga Lagi Rendah Lagi Lama’di Giant.

Semua warga emas termasuk yang berstatus Penduduk Tetap akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 3.0 peratus bagi hampir keseluruhan barangan pada setiap hari Rabu, sehingga hujung tahun ini.

PENGARAH Pemasaran, SEA (Makanan) DFI (Kumpulan Runcit DFI) Lee Yik Hun.

Lee Yik Hun berkata, warga emas akan menikmati diskaun tambahan itu tanpa sebarang perbelanjaan minima dan diskaun ini juga terpakai untuk produk dalam promosi.

“Pengecualian hanya untuk pembelian rokok, susu tepung bayi, E-Pay, baucar hadiah/kad hadiah, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar serta tambah nilai Touch ‘n Go.

MOHAMED Ahmad dan isteri menjadi antara pelanggan warga emas yang menikmati diskaun tambahan di Giant.

Menurutnya, antara produk kegemaran warga emas termasuklah produk di bawah jenama Meadows seperti biskut dan kopi.

“Kami di Giant sangat gembira membantu pelanggan mendapat lebih penjimatan dengan harga lebih rendah setiap hari serta diskaun tambahan 3.0 peratus setiap hari Rabu untuk warga emas.

“Mereka boleh terus menikmati penjimatan untuk pembelian barangan harian kerana penjimatan yang kecil itulah yang membuat perbezaan besar,” katanya.

Katanya, antara pembelian yang mendapat sambutan tinggi daripada warga emas adalah barangan seperti biskut, oat segera, produk tenusu/susu dewasa, alat bantu memasak, beras, minyak masak dan lampin dewasa. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas