Berita

Hanya pergerakan staf sektor penting sahaja

KEADAAN sekitar ibu negara yang lengang dan kurang kenderaan. - Foto: Ihsan JSPT KL
- Diterbit 18 Mac 2020 3:18 AM MYT

KUALA LUMPUR – Ibu negara mulai sunyi susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya mendapati pegerakan kenderaan masuk ke pusat bandar sekitar pukul 7 pagi adalah sedikit.

Jelasnya, kenderaan yang masuk dan keluar adalah berkemungkinan staf jabatan-jabatan yang penting di sekitar pusat bandar.

“Keadaan lalu lintas amat lancar. Menghmpiri pukul 9 pagi pula, jalan-jalan utama untuk masuk ke pusat bandar seperti Jalan Kuching, Jalan Cheras dan Jalan Tuanku Abd Halim mengalami sedikit peningkatan tetapi keadaannya masih lancar, berbanding hari-hari biasa (sekitar bawah 10 peratus kenderaan di atas jalan).

“Keadaan sama berlaku di Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Genting Klang Setapak, Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Zulkefli memberitahu, strategi yang diambil JSPT KL adalah anggota tugas kawalan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik bagi mengawal keadaan terutama di dalam pusat bandar apabila pusat beli belah dibuka pukul 10. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas