Berita

“Hanya Dia sebaik-baik pelindung” – Rita Rudaini luah perasaan tentang fitnah

ANAK-anak kekuatan Rita Rudaini
- Diterbit 24 Januari 2021 11:54 PM MYT

BUKAN mudah hidup sebagai selebriti dan tidak senang menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Semuanya terpaksa dihadam sendiri tanpa insan bernama suami.

Begitulah pelakon terkenal Rita Rudaini yang meluahkan rasa berkaitan fitnah menerusi instagramnya.

“Apa saja kata-kata fitnah yang dicipta mereka untuk memecahbelahkan sesuatu pertalian dan untuk menutup kejahatan mereka, selama ini aku cuma ucap la haula wala quwwatailla billahilaliyyulazim (tiada daya Dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.

“Kerana aku percaya, selemah mana aku, sehina mana aku disisinya, hanya Dia yang sebaik-baik pelindung yang menjaga dan melindungi aku dan anak-anak kerana Dia Yang Maha Mengetahui segala rahsia-rahsia, segala kebenaran,” tulis Rita. 

Rata-rata netizen meninggalkan komen kata-kata semangat dan doa buat Rita.

Antara yang menarik perhatian adalah komen daripada produser Zeel Production yang juga kawan baik Rita, Haji Fadzil Teh atau lebih mesra disapa Haji Zeel. 

“Sabar sis, Allah ada,” ujarnya.

Semoga segala urusan Rita Rudaini dipermudahkan. Amin.. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas