Berita

Hamzah Zainudin kini pulih daripada COVID-19, dibenar keluar hospital

- Diterbit 27 Januari 2021 5:50 AM MYT

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Hamzah juga berada dalam keadaan baik.

Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Jan lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas