Hampir setahun tiada pekerjaan tetap, bekas pramugari bangkit dengan produk kecantikan
KHAIREEN mempromosikan Glowpeach selepas berjaya dalam pembangunan R&D.

Hampir setahun tiada pekerjaan tetap, bekas pramugari bangkit dengan produk kecantikan

MENGORAK langkah dalam bidang perniagaan berasaskan kesihatan dan kecantikan bukan semudah disangka memandangkan persaingan dalam bidang ini juga bukan calang-calang sengitnya.

Ditambah pula pembabitan diri dalam bidang perniagaan tanpa ilmu dan selok-belok yang secukupnya, ia pasti menyukarkan lagi keadaan.

Begitupun, ia tidak mematahkan semangat Khaireen Kamarulzaman, 23, apabila memilih untuk menghasil serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan sendiri setelah hampir setahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Menurut Khaireen, pembabitannya dalam bidang perniagaan memberikan satu lagi perspektif baharu buat dirinya untuk terus memajukan diri selain menjadikan ia sebagai jaminan masa depan.

Justeru itu, kata bekas pramugari ini, Glowpeach menjadi ‘buah tangan’ baharunya melalui pengenalan kolagen khusus buat pengamal kesihatan dan kecantikan yang mencari produk berkualiti tinggi namun pada harga berpatutan.

Tambahnya, Glowpeach dilahirkan daripada cetusan ideanya sendiri yang terhasil daripada kajian dan pengalamannya sendiri.

“Kesihatan dan kecantikan bagi saya amat penting dan ia perlu seiring dengan kehendak serta gaya hidup masyarakat yang mementingkan kesihatan serta penampilan hari ini.

“Jadi tiada apa yang lebih menggembirakan saya untuk memulakan perniagaan ini yang pastinya memberi cabaran baharu dan sedia bersaing dengan jenama-jenama tempatan yang lain,” katanya dalam majlis pelancaran kolagen Glowpeach baru-baru ini.

Membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir setahun sebelum tampil dengan produk tersebut, Khaireen mahu produknya dikenali sebagai makanan tambahan berkualiti tinggi yang setaraf dengan jenama lain.

Diformulasikan 100 peratus daripada bahan asli semula jadi dan ekstrak buah peach, ujarnya, Glowpeach dirumuskan khas untuk muka dan badan.

“Berdasarkan rumusan dan teknologi terkini, penggunakan makanan tambahan ini membantu memberikan perubahan kepada tekstur kulit, kuku dan pertumbuhan rambut yang sihat,” jelasnya.

Dalam perancangan untuk menembusi pasaran luar negara, Khaireen memberi tempoh kepada dirinya dalam masa dua tahun untuk menembusi pasaran tempatan.

Tambahnya, dia mahu memastikan Glowpeach kukuh di pasaran tempatan sebelum melebarkan sayap ke pasaran luar negara.

“Untuk itu saya turut menyasarkan jualan 10,000 unit Glowpeach sebulan,” ujarnya seraya berkata, Eryn Beauty Resources akan menambah lagi produk kesihatan dan kecantikan yang lain pada masa akan datang.

Sesuai untuk lelaki dan wanita, Glowpeach boleh diambil mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Dijual pada harga RM69.90 sekotak dengan kandungan 10 sachet, Glowpeach boleh dibeli secara dalam talian di https://linktr.ee/glowpeach.official atau menerusi pengedar yang sah di sekitar Lembah Klang.

Glowpeach kini sedang mencari ejen dan stokis di seluruh negara yang berminat untuk memasarkan produk selain mahu memberi peluang kepada usahawan yang mahu menjana pendapatan sampingan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Glowpeach, boleh layari https://linktr.ee/glowpeach.official. – WILAYAHKU

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )