Berita

“Hadirmu menyempurnakan hidupku” – Erra Fazira

- Diterbit 31 Mac 2021 6:16 AM MYT

TIADA harta yang lebih berharga buat insan bergelar ibu melainkan anak yang sentiasa menjadi penguat jiwa.

Itulah yang dirasai oleh primadona Erra Fazira,46, yang menitipkan kata-kata indah serta doa buat anaknya, Engku Aleesya Engku Emran yang memyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12 pada 30 Mac, semalam.

“Selamat Hari Jadi Anakku. Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu.

“Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.

“Hadirmu menyempurnakan hidupku. Ya Allah.. terima kasih diatas anugerahMu.

“Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku,” tulis Erra di instagram miliknya.

Engku Aleesya yang dilahirkan pada 30 Mac 2009 adalah anak hasil perkahwinan kedua Erra bersama bekas suami, Engku Emran.

Engku Emran baru-baru ini berkahwin dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.
Semoga Aleeya terus sukses dan menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayah. Amin.. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas