Biz

Guna ruang niaga jana pendapatan

M. NOOR (depan, kanan) menunjukkan produk kopi keluaran Arissto selepas
- Diterbit 18 Oktober 2019 5:37 AM MYT

PUTRAJAYA – Golongan belia disarankan agar bijak menggunakan ruang yang terbuka dalam dunia perniagaan untuk menjana pendapatan.

Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk M. Noor Azman Taib berkata, golongan tersebut tidak seharusnya hanya mengharapkan kerja makan gaji kerana kerjaya melalui perniagaan menjanjikan pendapatan tidak mempunyai had tertentu.

Namun katanya, pada masa sama, kerajaan perlu terus mewujudkan peluang dalam bidang keusahawanan kepada golongan belia di negara ini.

‘’Kerana itu, kementerian menyediakan portal untuk belia melihat gabungan geran, fasiliti agensi disediakan untuk belia berkembang dalam bidang keusahawanan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pembangunan Usahawan Bersama Arissto di Ibu Pejabat Hub Arissto Putrajaya di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Arissto Hub Putrajaya, Mohamad Azhan Rahimi.

M. Noor berkata, kementeriannya tidak halangan untuk menyokong belia mendapatkan mana-mana geran dengan agensi-agensi lain.

“Kadang-kadang ada agensi diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, jadi kita boleh menyokong untuk membantu mereka mendapat kelulusan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihak kementerian sentiasa menyokong mana-mana produk seperti Arissto dalam membangunkan program keusahawanan belia.

“Seharusnya program keusahawanan seperti Arissto diperbanyakkan dan lebih ramai usahawan muda dapat dilahirkan,’’ katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas