Berita

Gnaboyou janji julang nama KLFA bagi saingan 2020

GNABOYOU (tengah) ketika beraksi menentang Terengganu baru-baru
- Diterbit 26 Januari 2020 2:56 PM MYT

AZAM. Pemain import terbaru Kuala Lumpur FA (KLFA), Guy Gnaboyou berazam untuk membantu pasukan skuad warga kota itu kembali ke saingan Liga Super musim hadapan.

Gnaboyou merupakan pemain import ketiga yang diikat skuad bimbingan Nizdzam Yusoff selepas Paulo Joshue dari Brazil dan Azamat Baimatov dari Kyrgyzstan.

Pemain berasal dari Perancis ini buat pertama kali meninggalkan Eropah dan merupakan bekas pemain kelab Ligue 1 Perancis, Marseille serta pernah menganggotai pasukan bawah 21 tahun Perancis.

Gnaboyou berkata, dia akan menggunakan kelebihan kelajuan serta pengetahuan luas bermain di Eropah bagi membantu meningkatkan prestasi KLFA sekali gus melonjak pasukan itu ke Liga Super.

Mengakui sedikit bergelut dengan keadaan cuaca di Malaysia, Gnabayou tetap optimis dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca di sini sebelum saingan liga bermula Februri nanti.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas