Biz

‘Getaran Pertama’ imbas pasukan Koir Merdeka

CELCOM AXIATA
JAMALUDIN (kiri) bersama Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi hadir ke tayangan ‘Getaran Pertama’.
- Diterbit 27 Ogos 2019 12:21 PM MYT

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 62 negara ini, Kumpulan Axiata Berhad dan Celcom Axiata Berhad memperkenalkan filem pendek bertajuk ‘Getaran Pertama’.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, filem tersebut mengisahkan perjalanan dalam pencarian pasukan koir pertama untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’.

“Ia berdasarkan kisah sebenar pada 1957 yang mana Penyelia Radio Malaya, Tan Sri Ahmad Merican serta Guru Muzik dan Konduktor, Tony Fonseka menyahut cabaran untuk memenuhi hasrat besar Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman.

“Tunku mahu melihat warga umum Malaya, tidak mengira bangsa, jantina dan latar belakang membuat persembahan dalam koir nasional sekali gus menjadi simbol perpaduan sempena pengisytiharan kelahiran negara ini,” katanya.

Terdahulu, majlis pelancaran kempen Merdeka ‘Getaran Pertama’ dilaksanakan dengan menggunakan teknologi hologram kreatif sebagaimana dilakukan semasa Koir Merdeka 1957. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas