GEMPA bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Barat Daya Sumatera, Indonesia pada pukul 8.52 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 192 kilometer (km) Barat Daya dari Bandar Lampung, Indonesia pada kedalaman 68 km.
Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA