Berita

Gempa bumi lemah di Laut Sulawesi, mungkin dirasai di Tawau – MetMalaysia

- Diterbit 29 Januari 2021 12:43 AM MYT

GEMPA bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 1.42 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah.

Pusat gempa bumi itu terletak 197 kilometer selatan Semporna, Sabah dan pada kedalaman 141 kilometer.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas