Berita

Gangguan bekalan air di Labuan 13 Mac ini

PETUGAS JBAL melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.
- Diterbit 7 Mac 2020 8:19 AM MYT

LABUAN – Jabatan Bekalan Air Labuan (JBAL) akan melakukan penutupan bekalan air selama kira-kira lima jam pada 13 Mac ini bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan Program Pengurangan Kadar Air Tidak Berhasil Kebangsaan (NRW Nasional)

JBAL mengeluarkan notis pemberitahuan kepada penduduk Labuan mengenai gangguan bekalan air bagi kerja- kerja penyelenggaraan pada 13 Mac ini bermula pukul 11 malam hingga 4 pagi.

JBAL dalam kenyataannya memberitahu, kerja- kerja penyelenggaraan akan dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan meter daerah (DMA).

Antara kawasan yang terlibat ialah sekitar Jalan Jumidar Buyong, Jalan Okk Abdullah, Jalan Tenaga,Jalan Merdeka, Jalan Tanjung Purun, Taman Ragah, Taman Sutera Satu, Taman Kawan-Kawan dan Taman Victoria.

Turut terlibat sekitar kawasan Kampung Batu Arang 1, Kampung Pantai, Jalan Tun Mustapha, Jalan Ranca-Ranca, Lazenda Villa 9, 7 dan 10.

Kawasan yang terjejas juga melibatkan Taman Guan Huat Fasa 1 & 2, Taman Amananda 18, Taman Danta Ria, Taman Wong Wolo Fasa 1, Taman Miramar, Taman Pulau,Taman Jasa, Taman Ranca-Ranca 1 dan Taman Perdana.

Kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Gersik, Kampung Jawa, Kuaters JKR dan JUPEM, Jalan Tun Mustapha, Jalan Kemajuan, Jalan Bunga Tanjung, Jalan Bunga Melati, Jalan Muhibbah, Jalan Merdeka dan Jalan Okk Awang Besar.

“Punca peningkatan kadar NRW di Labuan adalah peningkatan kes paip pecah dan paip bocor.

“Ini kerana jumlah paip usang di Labuan yang terdiri dari paip jenis asbestos cement adalah sebanyak 20 peratus,” katanya.

Kata kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah menjimatkan penggunaan bekalan air sepanjang tempoh berkenaan.

“Maklumat lanjut akan disampaikan dari semasa ke semasa melalui Facebook Jabatan Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Sebarang masalah yang dihadapi berkenaan gangguan sementara bekalan air boleh hubungi pihak JBAL di talian 087-410200 atau WhatsApp 013-856 0755 (8 pagi – 5 petang). – WILAYAHKU

 

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR 

Tarikh: 13 Mac 2020 (Khamis)

Anggaran masa: 11 malam – 4 pagi

Kawasan terjejas:

DMA 15 BANDAR 3

Sekitar kawasan Kampung Gersik, Kampung Jawa, Kuaters JKR & JUPEM.

Sekitar Jalan Tun Mustapha, Jalan Kemajuan, Jalan Bunga Tanjung, Jalan Bunga Melati, Jalan Muhibbah, Jalan Merdeka, Jalan Okk Awang Besar

DMA 14 BANDAR 2

Sekitar kawasan Kampung Batu Arang 1, Kampung Pantai, Jalan Tun Mustapha, Jalan Ranca-Ranca, Lazenda Villa 9, 7 dan 10.

Taman Guan Huat Fasa 1 & 2, Taman Amananda 18, Taman Danta Ria, Taman Wong Wolo Fasa 1, Taman Miramar, Taman Pulau, Taman Jasa, Taman Ranca-Ranca 1, Taman Perdana

DMA 13 BANDAR 1

Sekitar Jalan Jumidar Buyong, Jalan Okk Abdullah, Jalan Tenaga, Jalan Merdeka, Jalan Tanjung Purun, Taman Ragah, Taman Sutera Satu, Taman Kawan-Kawan, Taman Victoria

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas