Berita

Galas tanggungjawab biarpun masih lelah dengan Olimpik

SOH WOOI YIK menerima Inisiatif dari Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) yang di sampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di Menara satu DBKL. Foto: NAZIRUL ROSELAN SOH WOI YIK menerima Inisiatif dari Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) yang di sampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Sri Dr Shahidan Kassim di Menara satu DBKL. Foto: NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 13 September 2021 9:10 AM MYT

PEMAIN badminton negara, Soh Wooi Yik sedia menggalas tanggungjawab besar untuk menghadapi dua kejohanan berpasukan, Piala Sudirman (26 September hingga 3 Oktober) dan Piala Thomas dalam tempoh terdekat (9 hingga 17 Oktober).

Biarpun masih lelah selepas pulang dari Tokyo namun dia sedia memberikan persembahan terbaik bagi menghadapi kejohanan tersebut.

“Tak dinafikan, persediaan mental tu agak menurun namun saya perlu membina semula bukan sahaja dari segi mental tetapi fizikal juga. Ia bukan masalah besar,” ujar Wooi Yik selepas majlis penyerahan Insentif dari Wilayah Persekutuan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Terdahulu, insentif berjumlah RM50, 000 diserahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kepadanya susulan pencapaiannya memenangi pingat gangsa dalam acara berpasangan lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) , Datuk Ramlan Shahean@Askolani bersama Pengarahya, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas