Utama

FRIM lancar polisi baharu, utamakan aspek keselamatan, kesihatan pekerja

ISMAIL bersama warga kerjanya semasa Majlis Perhimpunan Bulanan FRIM yang pertama.
- Diterbit 21 Januari 2022 3:22 AM MYT

BAGI memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja dapat dilaksanakan secara efektif serta lebih berkesan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melancarkan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FRIM.

Pelancaran berkenaan dilakukan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan FRIM yang pertama, pada 17 Januari lalu.

Ketua Pengarahnya, Dr Ismail Parlan berkata, polisi yang diperkenalkan itu bertujuan untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dilaksanakan secara efektif dan berkesan.

“Selain itu, polisi ini dapat mewujudkan suasana persekitaran kerja yang selamat dan sihat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau ketika berucap, turut menyeru warga kerjanya untuk menghadapi cabaran mendatang dengan penuh kesungguhan dan semangat.

“Cabaran yang mendatang juga berbeza daripada apa yang pernah kita (FRIM) alami.

“Namun, adalah penting untuk kita sama-sama mendepaninya dengan kesungguhan, keberanian dan penuh semangat perpaduan antara kita. Semoga FRIM terus kukuh dan maju,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas