Utama

Filem Anwar:The Untold Story

ANWAR: The Untold Story bakal ditayangkan pada 18 Mei 2023.
- Diterbit 12 Mei 2023 6:11 AM MYT

REAKSI PENONTON

Haikal Isa

SCENE yang paling best ketika Anwar dalam penjara, beliau terkenangkan kisah kanak-kanaknya.

“Anwar curi buah pala. Ibunya berpesan jangan mencuri walaupun kepunyaan bangsa lain seperti Cina, India. Apatah lagi sesama Melayu.

“Scene itu mengajar kita agar melawan rasuah dan jangan mencuri hak orang lain.” – Haikal Isa

 

 

Sudirman

FILEM ini adalah kisah yang tak pernah diceritakan di mana rakyat tidak pernah tahu tentang perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya suka jalan ceritanya, babak-babak yang dipaparkan tidak meleret, senang penonton nak faham dan garapan cerita sesuai dengan apa yang mahu ditonjolkan iaitu perjuangan Anwar. Banyak dipaparkan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Di sebaliknya kita dapat tengok macam mana babak-babak itu disulami dengan emosi, air mata, yang mana orang paling setia di sisinya adalah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah.” – Sudirman

 

Ika Mazlan

SAYA tertarik dengan lagu tema Menjaga Cintamu yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Selain kemerduan suara Siti yang berjaya memukau pendengar, mesej lagu tersebut menggambarkan kesetiaan dan ketabahan hati seorang isteri.

“Hebatnya kesetiaan seorang isteri digambarkan dalam lagu tersebut yang turut dipaparkan dalam filem Anwar: The Untold Story.” – Ika Mazlan 

 

Hanisah

BAGI saya, scene paling mendebarkan apabila Anwar dipukul beberapa kali dalam tahanan, sekali gus dipisahkan daripada keluarga yang tidak tahu di mana beliau berada membuatkan hati digamit sayu.

“Scene itu sangat menyentuh jiwa kerana siapa boleh tahan air mata kalau isu yang melibatkan keluarga yang menderita dipaparkan.” – Hanisah

 

 

 

-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas