Selebriti

Fazley pilih masakan pedas Wilayah Sichuan

|ANTARA menu menarik di Restoran Mala-Mala||MASAKAN pedas di Mala-Mala tidak mengecewakan
- Diterbit 24 April 2021 2:58 AM MYT

ANDA penggemar makanan pedas? Restoran Mala-Mala antara lokasi sesuai untuk dikunjungi.

Restoran Mala-Mala yang terletak di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur ini mengetengahkan masakan tradisional dari Wilayah Sichuan kawasan daya barat Republic China khusus buat mereka yang gemarkan makanan pedas.

Restoran milik cef dan selebriti, Datuk Fazley Yaakob ini memberi peluang kepada para pengunjung menikmati hidangan Mala Dry Pot.

ANTARA menu menarik di Restoran Mala-Mala

Konsep makanan Mala Dry Pot di Mala Mala ini boleh dikatakan sangat unik.

Mala yang bermaksud ‘pedas yang mengebaskan lidah’ menggunakan cili kering Sichuan yang dikenali dengan rasa pedasnya yang menyengat sebagai bahan utama.

Menurut Fazley, pembukaan cawangan Restoran Mala Mala di Malaysia adalah bersesuaian dengan rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas yang halal daripada air tangannya sendiri.

“Saya mula meminati masakan cara Sichuan ini setelah mengunjungi negara Taiwan, Macau dan Hong Kong sebelum ini.

“Di ketiga-tiga lokasi ini, makanan Sichuan menjadi antara pilihan popular bagi pengunjung-pengunjung beragama Islam.

“Biasanya pengunjung diberi pilihan sama ada Mala Hot Pot di mana bahan-bahan disajikan dalam rebusan sup atau Mala Dry Pot yang bahan-bahannya digoreng bersama perencah Mala. Restoran Mala Mala di Mid Valley ini menampilkan jenis yang digoreng.

“Apa yang saya boleh cakap, perisa Mala ini sebenarnya sudah menambat hati penggemar makanan di Malaysia. Ini kerana sudah banyak produk makanan ringan yang menggunakan perisa Mala, ” jelasnya yang menjanjikan kepuasan untuk seisi keluarga.

MASAKAN pedas di Mala-Mala tidak mengecewakan

Fazley juga sedar, tahap pedas yang digemari oleh rakyat Malaysia adalah berbeza-beza.

“Di Mala Mala, setiap pengunjung mempunyai cita rasa pedas yang tidak sama. Ada yang kuat pedas, tak kurang juga yang mahukan pedas yang biasa-biasa.

“Mereka boleh pilih tahap pedas yang dimahukan. Terpulanglah kepada cita rasa masing-masing.

“Dalam Masa yang sama, jangan risau kerana Mala Mala juga menyediakan makanan yang tidak pedas bagi mereka yang tidak tahan dengan penangan cili kering Sichuan ini,’ ujarnya lagi.

Istimewa buat semua pengunjung di bulan Ramadan ini, Mala Mala memperkenalkan menu Datuk Fazley Punya Ramadan Set For Two yang menyediakan ayam goreng, kerepek teratai (daripada pokok Teratai), kuih-muih tradisional, kurma, Sirap Limau Ais Zero Kalori dan banyak lagi pilihan lain.

Ramadan Set For Two ini berharga RM 49.90. Manakala Mala Dry Pot dengan bahan-bahan yang dipilih oleh pengunjung sendiri pada harga RM 15 sehingga RM 22, tertakluk kepada jenis bahan-bahan yang diambil.

Kemudahan surau turut disediakan bagi mereka yang mahu bersolat selepas waktu berbuka puasa.

Restoran Mala Mala

Lokasi: Mid Valley Megamall (Kuala Lumpur), IOI Mall (Putrajaya) dan Melawati Mall (Hulu Kelang)

Waktu Operasi: 10 pagi sehingga 10 malam

Untuk info lanjut boleh hubungi: 016-3233206

Instagram: @malamala_my

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas