FATTAH AMIN Tercalon 100 Paling Kacak Dunia 2020

FATTAH AMIN Tercalon 100 Paling Kacak Dunia 2020

PELAKON dan penyanyi,  Fattah Amin mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai seorang daripada calon Jejaka Paling Kacak 2020 anjuran TC Candler.

Fattah, 30, merupakan satu-satunya selebriti dari Malaysia yang tercalon untuk edisi kali ini.

Pada tahun ini, seramai 12 lelaki indonesia yang tersenarai 100  lelaki terkacak itu dan Fattah bersaing hebat dengan ramai selebriti Hollywood dan K-Pop seluruh dunia.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, TC Candler memilih beberapa pencalonan berdasarkan pengundian daripada peminat yang mencalonkan artis kegemaran mereka bagi merebut kategori 100 Wajah Paling Kacak dan 100 Wajah Paling Cantik pada tahun ini.

Mula dianjurkan sejak 2013, antara selebriti tampan yang pernah menduduki takhta Jejaka Paling Kacak ialah aktor Hollywood, Michael Fassbender, Jamie Dornan, (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman, (2016), V BTS (2107), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).

Dua tahun lalu, pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding, 33, menduduki tangga ke-84 Jejaka Paling Kacak Dunia – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS