Selebriti

Farid Kamil enggan lafaz talak terhadap Diana Danielle

- Diterbit 20 Mac 2023 6:36 AM MYT

AGAK mengejutkan apabila pasangan selebriti popular Farid Kamil dan Diana Danielle kini di ambang perceraian.

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini.

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas