Selebriti

Fara Hezel tidak tolak kahwin muda

ONGSI minat menyanyi dengan adiknya, Aiman Tino
- Diterbit 2 Julai 2019 12:29 PM MYT

Oleh AINI MAWAWI
[email protected]

PENYANYI cantik Fara Hezel atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, 23, memasang impian untuk menamatkan zaman bujangnya selewat-lewatnya dua tahun lagi. Baginya itu merupakan masa paling sesuai buat dirinya membina rumah tangga

Sungguhpun masih terlalu awal untuk membicarakan soal tersebut namun penyanyi ini mengakui hal tersebut amat penting baginya.

Malah dia sendiri tidak kisah jika ditakdirkan untuk mengakhiri zaman solo lebih awal daripada perancangan itu.

“Saya terbuka tentang perkara ini. Bagi saya kahwin ketika usia muda itu ada banyak kelebihan. Selain dapat mengelakkan perkara yang tidak elok, kita juga boleh merancang untuk mendapatkan cahaya mata lebih awal.

“Apapun saya suka melihat contoh kedua ibu bapa saya. Perkahwinan mereka seawal usia 20-an memudahkan perjalanan hidup mereka ketika tua. Di usia pertengahan umur 40-an, saya pun sudah dewasa dan dapat membantu menyara kehidupan mereka pula,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada sebelas orang adik-beradik.

Bagaimanapun, menurut penyanyi ini lagi, dia sekadar merancang namun jodoh pertemuan terserah kepada yang Maha Esa. Pun begitu, sebagai wanita, Fara sentiasa berhati-hati dalam menentukan pilihan hidup

“Tidak salah untuk memilih tetapi jangan sampai tersalah buat pilihan. Perkara yang satu ini sangat penting kerana kita akan menghabiskan seluruh hidup bersamanya. Jadi seboleh-bolehnya buatlah pilihan yang terbaik,” ujarnya. 

Diusik tentang ciri-ciri lelaki yang dapat membuka pintu hatinya, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini mengimpikan seorang lelaki yang dapat menyayangi dirinya sepenuh hati selain dapat menerima keluarganya

“Semua wanita menginginkan teman sebegitu. Jika dia mampu menyanyangi saya seadanya sudah pasti dia dapat menjaga diri ini dengan baik hingga ke akhir hayat,” ujarnya yang tidak putus berharap ditemukan dengan insan seperti itu.

Pernah gagal dalam percintaan bersama pelakon Erry Putra, namun ternyata itu tidak pernah mematahkan

semangatnya untuk kembali bercinta. Malah yang berlaku dijadikan pengajaran untuk menjalinkan hubungan akan datang.

“Yang sudah berlalu biarkan lepas. Ia mengajar kita untuk menjadi lebih matang lagi dalam kehidupan. Bagi saya apa yang berlaku sama ada kita suka ataupun tidak, adalah satu proses biasa yang perlu dilalui setiap orang,” ungkapnya

Berduet dengan adik

Berbicara tentang perkembangan seninya pula, bekas pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak ini tidak menolak andainya diberi peluang untuk berduet dengan adiknya, Aiman Tino.

“Sebenarnya itu lebih mudahkan memandangkan kami berjumpa setiap hari. Jadi senang untuk berbincang.

Lagipula kami tahu kekuatan vokal masing-masing. Namun setakat ini masih belum ada lagi tawaran ke arah itu. Kalau ada, pasti saya orang yang pertama bersetuju. 

“Walau apapun sebagai penyanyi, kita perlu bersedia dari semua segi. Tidak kisahlah digandingkan dengan

sesiapapun, yang pasti dapat membawa lagu dengan baik dan seterusnya menghiburkan peminat,” ujarnya.

Terbaharu Fara baru sahaja mengeluarkan single yang keempat berjudul Sukar Untukku dan sudahpun berada di platform digital seperti iTunes, Amazon, Joox dan sebagainya, kini dia sibuk dalam proses untuk menyiapkan klip video lagu tersebut pula.

BERSAMA ibu, Hazelina Mat Jalil, 43Fara Hezel

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas