Biz

Famous Shukulate’ sasar jualan RM200,000 tahun hadapan

- Diterbit 28 Jun 2019 6:22 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

PUTRAJAYA – Syarikat pengeluar biskut tempatan,
Famous Shukulate’ fokus untuk mendapatkan
sijil halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) bagi membolehkan produknya
menembusi pasaran di beberapa buah negara Asia
Barat pada penghujung tahun ini.

Pengusahanya, Norul Huda Abd. Hadi berkata, pada masa ini, eksport ke negara luar seperti Perancis,
Amerika Syarikat, Belanda dan Arab Saudi dilakukan dalam kuantiti yang sedikit dengan dilakukan oleh 25 ejen serta kenalan rapat berikutan tidak mempunyai sijil halal.

Ujar beliau, dengan adanya sijil berkenaan, produk yang dihasilkan dapat dieksport dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan perkhidmatan kargo sekali gus membolehkannya mencapai sasaran hasil jualan sebanyak RM200,000 pada tahun hadapan.

Katanya, sehingga Jun tahun ini, syarikatnya
memperoleh pendapatan sebanyak RM50,000 hasil
jualan di dalam dan luar negara.

“Selepas mendapatkan sijil halal, saya menyasarkan
10,000 paket dieksport ke sekitar Eropah pada penghujung tahun ini.

“Pada masa ini, produk berkenaan tidak dapat dieksport dalam kuantiti yang banyak kerana tidak mempunyai sijil halal malah Arab Saudi juga tidak membenarkan sebarangan produk masuk ke negara tersebut tanpa logo halal,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas