Berita

Faizal Azumu dilantik jadi Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf menteri

PEJABAT Perdana Menteri hari ini memaklumkan Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak itu bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.
- Diterbit 5 Ogos 2021 9:46 AM MYT

TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak itu bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikan ini,” maklum kenyataan itu hari ini. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas