Biz

Facemasks Nun Ha milik Neelofa dan PU Riz dinobat jenama baharu terbaik

|PU Riz bersyukur apabila bisnesnya bersama isteri diiktiraf meskipun berdepan dengan pelbagai ujian.
- Diterbit 13 Januari 2022 3:40 AM MYT

JENAMA  Markaz Tijaari milik pasangan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa
dinobatkan sebagai The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award 2022.

PU Riz, 27, berkata, pencapaian itu bertitik tolak daripada hasil penjualan pelitup muka Nun Ha yang terjual lebih 800,000 helai dalam tempoh tiga bulan.

“Pelitup muka kita Alhamdullillah dapat terjual banyak sehinggakan dinobat sebagai The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award.

“Pelitup muka ini sebagai ‘benchmark’ kerana harga terbaik dalam pasaran iaitu murah, mendapat banyak hadiah percuma dengan setiap pembelian, kualiti dan coraknnya yang cantik.

“Alhamdulillah, dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilancarkan tahun lalu, pelitup muka atau Facemasks Nun Ha ini terjual dengan lebih dari 800,000 helai,” katanya.

PU Riz bersyukur apabila bisnesnya bersama isteri diiktiraf meskipun berdepan dengan pelbagai ujian.

Menurut Riz, kejayaan dicapai itu adalah rezeki Allah SWT biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian.

Riz dalam hantaran di Instagram turut berpesan supaya berhenti mendengar cakap-cakap negatif orang.

“Ada orang yang selalu nak kita jatuh, nak kita nampak buruk kerana itu adalah sebahagian besar kesukaan manusia. Tetapi mulut mulut ini jugalah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka.

“Jadi kepada anda yang sedang atau mash lagi mengikut apa yang diperkatakan oleh publik atau
kawan lawan yang negatif, maka berhentilah kerana anda tak tahu kejayaan apa ada di hadapan. Pembenci tetap membenci (Haters gonna hate) tapi rezeki daripada Allah tidak boleh dihalang,” katanya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas