Biz

Eskayvie, Paknil lancar i-Qids untuk perkembangan minda anak-anak

Kartika Wati dan Dr. Syid Ayob berharap i-Qids terus bermanfaat buat kanak-kanak selepas melalui pandemik COVID-19.|SEKITAR Majlis Pelancaran i-Qids di Shah Alam
- Diterbit 20 Mei 2022 5:10 AM MYT

SYARIKAT Bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan bersama dutanya, Datuk Aznil Hj Nawawi telah melancarkan produk kesihatan berkualiti iaitu i-Qids di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam, Selangor dalam majlis sambutan ulang tahun Eskayvie yang ke-13, semalam.

Menurut formulator produk itu, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, pelancaran i-Qids adalah tepat pada waktunya.

“i-Qids merupakan vitamin “brain booster” yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus menyokong proses pembelajaran mereka.

“Formulasi i-Qids ini amat istimewa kerana ia mengandungi superfood terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.

“Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah, tak boleh keluar bermain, tak boleh hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses pembelajaran pun dilakukan atas talian.

“Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung,” katanya.

PAK Nil, Kartika Wati dan Dr. Syid Ayob berharap i-Qids terus bermanfaat buat kanak-kanak selepas melalui pandemik COVID-19.

Bagi Dr Syid Ayob, produk ini banyak membantu ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka.

“Sekarang, kita sedang beralih ke fasa endemik dan anak-anak pun dah mula bersekolah. Oleh itu, kami melihat i-Qids ini sebagai inisiatif terbaik untuk bantu ibu bapa di luar sana meningkatkan fokus dan daya ingatan serta memori anak-anak mereka.

“Selain itu, i-Qids juga dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari.

“Suplemen berbentuk tablet dengan rasa coklat yang lazat ini pastinya digemari anakanak berusia 2 hingga 12 tahun,” ujarnya lagi.

Manakala Pengarah Urusan Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed pula memastikan Eskayvie akan terus menghasilkan produk yang berkualiti dan sesuai untuk seisi keluarga.

“Eskayvie akan terus hasilkan lebih banyak lagi produk-produk berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik dan sesuai untuk diamalkan oleh pelbagai peringkat umur. Ini seiring dengan visi Eskayvie iaitu untuk memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah.

“Kami yakin bahawa kehadiran produk baru ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan serta mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan.

“Eskayvie Nexus juga adalah sebuah platform yang tepat dengan peluang terbaik untuk mulakan bisnes tanpa modal kerana semuanya boleh dilakukan secara atas talian dari mana saja,” jelasnya.

SEKITAR Majlis Pelancaran i-Qids di Shah Alam, semalam

Kartika Wati juga telah membuktikan Eskayvie mampu melahirkan usahawan meskipun negara dilanda pandemik COVID-19.

“Meskipun dunia dilanda pandemik serta pelbagai krisis ekonomi, Eskayvie sehingga kini telah berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih empat ke enam angka sebulan tanpa modal.

“Pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi pada tahun 2022 ini akan menjadi lebih tinggi disebabkan berlakunya peningkatan terhadap permintaan barangan runcit dan keperluan asas.

“Malah, dijangka rantaian bekalan global bakal berkurangan serta berlakunya peningkatan harga komoditi di seluruh dunia bermula pertengahan tahun 2022 ini.

“Eskayvie melihat ini sebagai peluang terbaik untuk terus bantu memberikan ruang serta peluang kepada mereka di luar sana agar dapat keluar daripada kemelut kewangan berikutan masalah inflasi ini,” ulasnya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk i-Qids ini, layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut.

FB PAGE: Eskayvie Malaysia – https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia – https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas