Berita

EMPAT DESSERT SIMPLE GUNA TIGA BAHAN

||||
- Diterbit 5 Jun 2021 4:00 AM MYT

BILA kadang-kadang tekak teringin nak makan benda manis boleh cuba buat dessert simple tiga bahan ni. Bukan hanya mudah nak buat, barang-barang yang digunakan pun senang nak dapat.

Seronoknya bila ada resipi dessert yang mudah dan senang macam ini. Nak buat dengan anak-anak pun boleh. Almaklumlah, sekarang ini tengah musim PKP. Ibu bapa banyak masak di rumah dan bolehlah tambah aktiviti bersama anak-anak.

Nak makan buat minum petang pun tersangatlah sesuai.

Jom akhbar Wilayahku kongsikan empat resipi dessert atau kek yang boleh kita buat dengan menggunakan tiga bahan sahaja.

NUTELLA MUFFIN

BAHAN-BAHAN

1 cawan Nutella

120 gram tepung naik

2 biji telur

CARA PENYEDIAAN

  1. Pukul telur sedikit menggunakan whisk atau garfu. (Tak perlu sampai kembang)
  2. Masukkan Nutella. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam cup. (Lebih kurang ¾ daripada cup)
  5. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak pada suhu 180°. (Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu)

KEK CHEESE

BAHAN-BAHAN

250 gram cheese Tatura

1 cawan susu pekat

6 biji telur gred A

CARA PENYEDIAAN

  1. Asingkan telur kuning dan telur putih.
  2. Putar 250 gram cheese Tatura dan satu cawan susu pekat. Putar sehingga sebati.
  3. Masukkan telur kuning apabila bahan sudah sebati. Putar sekali lagi sehingga sebati.
  4. Kemudian, putar telur putih pula sehingga berkrim.
  5. Seterusnya masukkan telur putih yang berkrim dalam adunan cheese. Kacau sehingga semua bahan sekata.
  6. Oles loyang dengan marjerin dan lapikkan dengan baking paper.
  7. Tuang adunan dalam loyang.
  8. Bakar selama 1 jam 30 minit dengan suhu 160°. Kemudian tambah 30 minit lagi dengan suhu 150°.

KEK MILO

BAHAN-BAHAN

2 cawan Milo

4 biji telur

2 sudu besar susu pekat

CARA PENYEDIAAN

  1. Blend semua bahan sehingga sebati.
  2. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  3. Kukus selama 1 jam @ sehingga masak.

KEK COKLAT OREO

BAHAN-BAHAN

54 biji biskut Oreo

2 cawan susu Full Cream

2 sudu teh baking powder

CARA PENYEDIAAN

  1. Sediakan bahan yang diperlukan.
  2. Asingkan biskut dengan krim.
  3. Patahkan biskut dan masukkan ke dalam pengisar. Masukkan 1 ¼ cawan susu yang disuamkan ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur lumat. Tuang ke dalam bekas.
  4. Tambahkan baki susu ke dalam bekas krim biskut. Kacau sehingga larut dan sebati.
  5. Masukkan 2 sudu teh baking powder ke dalam biskut yang sudah dikisar tadi. Gaul sebati.
  6. Krim biskut yang telah dicampur susu tadi dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas biskut. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  7. Sapukan butter ke permukaan bekas periuk nasi. Tuangkan bancuhan ke dalam periuk. Setkan masa untuk kek.
  8. Check dengan lidi untuk lihat sama ada kek cukup masak atau tidak. Sejukkan dulu dalam 15-20 minit sebelum dihias.

– WILAYAHKU – SABRINA SABRE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas