Berita

Duta Besar Hungary melawat SDG Centre Kuala Lumpur

PETRA (duduk dua dari kanan) bergambar bersama wakil DBKL dan Urbanice Malaysia selepas melawat SDG Center Kuala Lumpur pada Isnin. PETRA (duduk dua dari kanan) bergambar bersama wakil DBKL dan Urbanice Malaysia selepas
- Diterbit 26 November 2021 6:00 AM MYT

DUTA Besar Hungary ke Malaysia, Puan Yang Terutama Dr Petra Ponevacs-Pana telah melakukan lawatan ke SDG Center Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketibaan beliau telah di sambut oleh Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rosli Nordin dan wakil Urbanice Malaysia, Dr Mohd Rizal Osman.

Dalam lawatan tersebut, Petra turut mengadakan perbincangan mengenai inisiatif-inisiatif ke arah pembangunan mampan yang dijalankan oleh DBKL serta berkongsi idea dan pengalaman dari Hungary dalam melaksanakan pembangunan mampan.

Beliau juga turut dibawa untuk melihat panel pameran dan diberi taklimat ringkas mengenai pencapaian Kuala Lumput bagi setiap sasaran SDG.

Hadir sama, Timbalan Ketua Usaha, Dr Jurdit Sarnyai, Ketua Seksyen Ekonomi dari Kedutaan Hungary, Zsolt Ipolyi-Keller dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Hasliza Abdul Hamid. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas