Berita

“Duit KWSP Ringankan Beban Rakyat, Jimat Cermatlah Berbelanja” – NAJWA LATIF

- Diterbit 14 November 2020 11:40 PM MYT

PENYANYI Najwa Latif,25, berpendapat langkah kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dari akaun 1 adalah memenuhi permintaan rakyat.

“Kita pun tahu, sebelum Belanjawan 2021 dibentangkan, ramai yang menyuarakan pendapat mereka agar pengeluaran wang ini diluluskan. 

“Alhamdulillah… kerajaan mendengar keluhan rakyat di mana pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 dibenarkan secara bersasar sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

“Sedikit sebanyak, ia dijangka boleh meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas, terutamanya mereka yang kehilangan pekerjaan,” katanya yang berharap masyarakat Malaysia tabah menghadapi ujian ini. 

Selain itu, Najwa juga menyarankan agar rakyat berjimat cermat untuk kebaikan pada masa akan datang.

“Kenalah berjimat-cermat kerana kita tidak tahu berapa lama lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.. Tambahan pula, kes COVID-19 entah bila akan berakhir.

“Duit yang ada tu gunalah secara berhemah. Tahun ini adalah tahun cemas dan sukar untuk semua. Jadi, berjimat-cermatlah dalam perbelanjaan,” katanya yang kini popular dengan lagu Tak Kisah Pun dan Dua.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas