Berita

Dua individu lari PKPD ditangkap positif Covid-19

PKPD di Selangor Mansion, Malayan Mansion dan sekitar Jalan Masjid India telah ditamatkan semalam. KAWASAN Selangor Mansion dan Malayan Mansion diletakkan di bawah PKPD.
- Diterbit 23 April 2020 10:22 AM MYT

PUTRAJAYA – Kecekapan pasukan polis  menahan dua individu yang melarikan diri dari bangunan Selangor Mansion, Kuala Lumpur baru-baru ini berjaya menyekat penularan Covid-19.

Ini apabila dua individu tersebut didapati positif Covid-19 setelah menjalani saringan kesihatan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu mana-mana individu yang melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau menegaskan, individu yang terlepas perlu dikesan secepat mungkin kerana bimbang berisiko mempunyai jangkitan Covid-19.

“Bayangkan di bangunan Selangor Mansion tempoh hari, dua daripada individu yang berjaya ditemui setelah melarikan diri adalah positif Covid-19.

“Kita bimbang jika ada kes individu melarikan diri dan dalam masa sama mempunyai jangkitan. Maka ia akan menjangkiti orang lain pula,” ujar beliau.

Tegas beliau, disebabkan hal tersebut, kerajaan tidak memberitahu awal apabila sesuatu lokasi  dikenakan PKPD bagi mengelak kes penduduk melarikan diri. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas