Dr Noor Hisham seru terus amal S.O.P putuskan Covid-19
DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Dr Noor Hisham seru terus amal S.O.P putuskan Covid-19

PUTRAJAYA – Semua rakyat diseru mematuhi ‘S.O.P’ sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan bermula hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata S merujuk kepada syarat-syarat ditetapkan kerajaan yang harus dipatuhi semua pihak.

“O merujuk kepada orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga
emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang perlu dilindungi dan individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

“P pula penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter yang harus diamalkan pada setiap masa,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, selagi rakyat mengamalkan SOP itu dan norma baharu dalam kehidupan seharian, rantaian penularan jangkitan Covid-18 akan dapat diputuskan.

1 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk melaksanakan PKPB bagi membuka semula beberapa sektor ekonomi secara berhati-hati dan terkawal.

Berikutan itu, peniaga, pengusaha dan majikan diminta patuh kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Perhimpunan ramai dan aktiviti yang mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak Covid-19 masih tidak dibenarkan. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS