Selebriti

“Doakan saya dipertemukan jodoh” – Johan As’ari

JOHAN serah pada ketentuan.
- Diterbit 3 Jun 2020 6:59 AM MYT

KISAH cinta pelakon Johan As’ari dengan kekasihnya yang juga penternak lembu, bukanlah menjadi rahsia lagi.

Mengaku sudah bersedia untuk berumahtangga, Johan pernah merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Namun, sampai ke hari ini, para peminat masih tertunggu – tunggu hari bahagia Johan bersama bakal isteri.

“Bercakap pasal jodoh dengan kekasih, saya hanya mampu merancang, namun sentiasa berserah kepada ketentuan Allah. Kalau dah jodoh kami, pasti akan disatukan.

“Terima kasih kepada peminat-peminat yang setia menyokong kerjaya saya selama ini. Bukan itu sahaja, mereka tidak henti-henti mengharapkan yang terbaik mengiringi hidup saya.

“Semoga semua peminat saya sentiasa diberkati serta dirahmati Allah.

“Doakan saya dipertemukan jodoh dan dipermudahkan segala urusan,” luah Johan ketika dihubungi Wilayahku.

Pasal kerjaya, Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 33, akan mula menjalani penggambaran drama bersiri Lelaki Itu Untukku 2 pada 10 Jun ini.

Filem lakonannya yang akan ditayangkan pula adalah Mat Kilau dan Air Force. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas