Lensa

Doa ikhlas mereda tangisan

|||
- Diterbit 13 Disember 2020 2:35 AM MYT

MENJAGA kebajikan rakyat adalah teras utama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa sepanjang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan  Labuan.

Program MYFood merupakan salah satu program dalam 5MY iaitu MYjob, MYGrocer,  MYMedic, MYSchoolbus yang dicadangkan oleh Annuar untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Baru-baru ini, Annuar sendiri turun ke Projek Perumahan Awam (PPR) Kerinchi untuk mengagihkan bantuan MYFood sambil beramah mesra dengan penduduk di sana.

Seramai 32,000 ribu warga Wilayah Persekutuan berstatus miskin bandar bakal menerima bantuan MYFood ini.

Sementara itu, Annuar juga turut turun padang untuk melihat penjaja yang berniaga di  sekitar ibu kota selepas beliau mengumumkan Wilayah Bebas Berniaga (WiBB).

Beliau meluangkan masa mendapatkan maklum balas daripada penjaja yang berniaga di sekitar Stadium Cheras, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan turut mencadangkan beberapa tambah baik untuk keselesaan peniaga.

WiBB merupakan program di mana warga kota boleh berniaga di tempat-tempat strategik
dengan kebenaran khas oleh pihak berkuasa tempatan selama enam bulan sehingga April tahun hadapan. Ini bagi memberi ruang kepada orang ramai menambah pendapatan terutamanya yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.

Semoga program 5MY, WiBB, Usahawan Muda Kota dan lainlain di dalam 13 kluster utama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dapat membantu warga kota mencapai kehidupan yang lebih baik.

Usaha keras oleh Menteri, KSU, pegawai-pegawai Kementerian dan Agensi di bawah KWP diharap menjadi ‘doa ikhlas mereda tangisan’ di tahun 2020 yang mencabar ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas