Berita

Disinfeksi masjid, surau kekang Covid-19

PEKERJA melakukan kerja-kerja disinfeksi di Surau Darul Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini. 23 Mac 2020 Foto NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 23 Mac 2020 2:19 PM MYT

BAGI mengekang penyebaran wabak Covid-19, pihak masjid dan surau di sekitar ibu kota mengambil langkah melaksanakan proses membasmi disinfeksi atau nyahkuman.

Tinjauan Wilayahku di Surau Darul Islam, Jalan Tun Razak hari ini menyaksikan pengurusan surau itu menggunakan khidmat syarikat Bug Ezz Pest Resources untuk menjalankan kerja-kerja disinfeksi di dalam dan sekitar surau itu.

Bagi mengelakkan penyebaran wabak Covid-19 dan keselesaan jemaah, pihak surau sanggup mengeluarkan wang tabung surau untuk melaksanakan proses nyahkuman itu.

Sehingga kini, kesemua 88 buah masjid dan 109 surau di Wilayah Persekutuan ditutup kepada orang ramai mendirikan solat berjemaah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

KESELURUHAN ruang surau disinfeksi bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
RUANG luar sekitar surau turut disembur cecair nyahkuman.
PERALATAN perabot di dalam surau turut disinfeksi.
KERJA-KERJA disinfeksi dilakukan dengan teliti dan berhemah.
RUANG solat disembur dengan cecair membasmi kuman.
PEKERJA membuat persediaan sebelum memulakan proses disinfeksi di Surau Darul Islam, Jalan Tun Razak hari ini. Foto NAZIRUL ROSELAN
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas