Berita

Diplomatic Marathon Taman Botani

PESERTA Marathon Taman Botani bergambar sejurus menamatkan larian
- Diterbit 17 Disember 2021 6:00 AM MYT

MARATON. Seramai 70 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan kedutaan di Malaysia mengambil bahagian dalam program Diplomatic Marathon yang diadakan di Taman Botani, Putrajaya pada 11 Disember 2021 yang lalu.

Program anjuran Kedutaan Kazakhstan di Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) tersebut bersempena dengan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik antara Kazakhstan dan
Malaysia.

Acara larian sejauh lima kilometer itu dimulakan seawal pukul 8 pagi dimulakan dengan sesi pendaftaran terlebih dahulu sebelum larian bermula kira-kira pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi.

Terdahulu, Ketua Perwakilan Asing dari Kazakhstan, Bulat Sugurbayev merakam ucapan terima kasih di atas kesudian PPj atas sokongan penganjuran Diplomatic Marathon yang diadakan di Putrajaya minggu lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas