Selebriti

Dilantik sebagai wajah rasmi myIOU, Yuna mahu bantu usahawan

- Diterbit 16 Ogos 2021 3:52 AM MYT

IOUpay (ASX:IOU), sebuah syarikat fintech dan kewangan digital, dengan bangganya ingin mengumumkan kerjasama dengan penyanyi dan komposer antarabangsa Yuna sebagai wajah rasmi myIOU.

myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later) sesuai dan mudah untuk para peniaga dan usahawan atas talian dengan adanya pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.

Kerjasama Yuna dan myIOU adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan peluang kemudahan BNPL (Beli Sekarang Bayar Kemudian) sebagai satu kaedah pembayaran pembelian alaf baru disamping mempromosikan manfaat BNPL ini kepada peniaga-peniaga dan juga pelanggan-pelanggan tempatan demi membantu rakyat Malaysia di kala negara sedang dilanda kemarau pandemik pada masa ini.

Yuna bukan sahaja mempunyai jumlah pengikut yang ramai di ruang media sosial, malah beliau pernah bekerjasama dengan beberapa jenama seperti Malaysia Airlines ditambah dengan peminat dan kesinambungan muzik Yuna juga dilihat meliputi hingga ke seluruh Asia Tenggara.

Ini pasti akan dapat membantu myIOU memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan pembayaran yang mereka sediakan dalam kalangan pelanggan dan usahawan di rantau ini nanti.

Christopher Kok, Regional Commercial Officer dari pihak IOUpay berkata, “Yuna dipilih bukan hanya kerana beliau adalah seorang ikon orang ramai, tetapi kemampuan beliau mengeratkan jurang pelanggan dengan perniagaan-perniagaan tempatan demi membantu mereka mengembangkan lagi sayap perniagaan dikala musim pandemik ini.

“Sebagai pemain peranan utama industri BNPL di Malaysia, kami selalu mencari pihak-pihak yang mempunyai misi dan visi seperti kami.

“Gabungan Yuna dan myIOU sangatlah sesuai kerana nilai-nilai yang dibawa kedua-dua pihak adalah amat selari dengan matlamat kami untuk menjadi pemain utama dalam industri transaksi kewangan digital di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Melalui kerjasama ini, Yuna akan mewakili myIOU dalam kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti promosi secara atas talian dan bawah talian melalui pelbagai jenis media.

“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dahulu lagi.

“Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh.

“Dewasa ini, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang.

“Bagi saya, kerjasama dengan myIOU ini tiba pada masa yang tepat kerana saya memang sedang mencari peluang untuk membantu para usahawan demi kelangsungan perniagaan mereka.

“Dengan adanya perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later/ BNPL) yang ditawarkan oleh pihak myIOU, ianya akan pasti dapat membantu bukan sahaja para peniaga malah para pelanggan juga.

“Saya bersama-sama pihak myIOU berharap dapat menarik seberapa ramai orang di luar sana untuk mengambil peluang menggunakan perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later/BNPL ) oleh pihak myIOU”, kata Yuna. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas