Berita

Dikuarantin… “Walaupun duduk rumah, tak nak stres” – Emma Maembong

|EMMA menjalani ujian saringan COVID-19 di rumahnya.
- Diterbit 15 Januari 2021 2:22 PM MYT

SETELAH disahkan positif COVID-19, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar dikuarantin di rumah demi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Walaupun dikuarantin, Emma akui tidak mahu stres dan seronok melakukan aktiviti hariannya seperti biasa antaranya melakukan  review produk di instagram. 

“Walaupun duduk rumah tak nak stres-stres atau sedih. Muka pucat lagi la tak nak, nanti suami terkejut.

“So pakailah sikit lipmate. Thank you Mimi Ernida kasi kita lipmate,” tulisnya di Instagram (IG) story miliknya.

EMMA menjalani ujian saringan COVID-19 di rumahnya.

Semalam Emma dan suami disahkan positif COVID-19 walaupun mereka sama sekali tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.

Selain Emma dan suami, turut menjalani ujian swab adalah anaknya iaitu Shariq Gabriel. Namun keputusan ujian terhadap anaknya adalah negatif.

Antara rakan artis yang turut mendoakan serta memberikan kata-kata semangat ialah Nadia Brian, Mawar Rashid, Sweet Qismina, Dayana Roza, Raja Ilya, Adeline Tsen, Datin Paduka Umie Aida dan ramai lagi. 

Semoga Emma dan suami diberikan kesembuhan segera dan segalanya dipermudahkan. Amin..- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas