Biz

De’Xandra, Bella Astillah peka isu kesihatan mental masyarakat

|PENGASAS De'Xandra
- Diterbit 28 Jun 2022 10:26 AM MYT

SEMPENA Perasmian The Grand Launching of De’Xandra Celebrity Collection, syarikat haruman popular tempatan turut melancarkan kempen Mental Health Awareness bertemakan ‘De’Xandra Heals The World’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Pengasasnya, Ernayanee Nur Julaimi, kempen tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) itu merupakan julung- julung kali diadakan.

“Kempen ini berlangsung sepanjang tahun yang turut disokong selebriti yang terlibat dengan De’Xandra, pihak pengurusan tertinggi, rakan strategik termasuk stokis, pengedar dan dropship yang berada di negara ini, Singapura, Indonesia dan Brunei.

“Tujuan diadakan kempen ini adalah untuk menyatakan pendirian dan sokongan serta usaha kami dalam membantu memberi lebih banyak kesedaran kepada pelbagai pihak tentang situasi kesihatan mental yang kian meruncing.

“Sebelum ini, kebanyakan program CSR De’Xandra yang menjadi agenda tahunan lebih tertumpu kepada kebajikan, pengurusan bencana, pembangunan sahsiah dan ekonomi.

“Bagaimana pun pada kempen kali ini, kami mengangkat isu kesihatan mental ekoran berlakunya peningkatan signifikan dalam kes bunuh diri di dalam negara malah di peringkat global,” ujarnya.

PENGASAS De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi (kiri) di samping artis Bella Astillah (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Safwan Ismail (dua dari kanan) dan pereka fesyen Rico Rinaldi (kiri) pada majlis Perasmian The Grand Launching of De’Xanda dan Pelancaran kempen kesihatan mental bertemakan De’Xanda Heals The World di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan majlis yang turut dihadiri EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, Dr. Mohammad Akmal Salleh, Pakar Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan, Annems Leadership Solution, Datuk Faridah Hanim Haron dan tokoh saham Asri Ahmad Academy, Datuk Haji Mohd Asri Hj Ahmad.

Tidak ketinggalan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Megaklinik Zahra, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak, Penasihat Perniagaan De’Xandra, Sifu Jamal , rakan-rakan artis, rakan-rakan pengasas perniagaan, pempengaruh (influencer) dan pihak media.

Ernayanee Nur menambah, sempena kempen itu pihaknya melancarkan wangian koleksi selebriti bertemakan persahabatan dan cinta, kempen hastag #DexandraHealsTheWorld dan tayangan video kesedaran berkaitan kesihatan mental melalui media sosial.

“Sebagai jenama wangian pilihan asia, kami merasa terpanggil untuk turut bersama-sama memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan menyeru melakukan apa sahaja usaha dalam membantu golongan yang sedang mengalami masalah awal kesihatan mental termasuk depresi, anxiety, kemurungan dan hilang keyakinan diri, “ujarnya.

BELLA Astillah tampil dengan haruman terbaharu De’Xanda, koleksi selebriti bertemakan cinta yang menyokong usaha mendekati golongan bermasalah awal kesihatan mental.

Istimewanya wangian baharu ini adalah penampilan artis popular, Bella Astillah yang pastinya akan menyemarakkan lagi kempen kesihatan mental ini.

“Koleksi wangian terbaharu cetusan idea dan kolaborasi citarasa selebriti artis Bella Astillah dan pereka fesyen Rico Rinaldi yang dikenali sebagai Celebrity Collection sangat istimewa.

“Rico Rinaldi mengenengahkan perlambangan pentingnya nilai persahabatan manakala wangian Bella Astillah yang tampil merah, diibaratkan warna rona cinta dalam membantu memberi suntikan semangat baru kepada mereka yang memerlukan termasuk golongan yang menghidapi masalah awal kesihatan mental.

“Kami yakin nilai persahabatan dan cinta ini merupakan tunjang dalam apa jua situasi kerana kita memerlukan sahabat untuk saling menyokong, kasih sayang dan cinta. Justeru melalui koleksi selebriti ini menyampaikan mesej yang jelas dan baharu kepada penggemar-penggemar minyak wangi di luar sana tentang nilai persahabatan dan cinta yang sebenar,” ujarnya.

TERBAHARU daripada De’Xandra, koleksi selebriti Rico Rinaldi mengangkat tema kasih sayang di kalangan sahabat dalam usaha mengelak masalah kemurungan dan depresi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Safwan Ismail memberitahu, kedua-dua selebriti tersebut telah menjalin kerjasama dan turut terinspirasi dengan produk yang dianggap lebih daripada sekadar wangian.

“Kami duduk berbincang daripada hati ke hati dalam banyak perkara termasuk aspek citarasa, kualiti dan keutamaan mereka bukan sahaja dalam kerjaya tetapi dalam kehidupan seharian.

“Mereka juga sangat terkesan dengan gelombang positif pasukan dalam De’Xandra maka menzahirlah koleksi terbaharu yang dilancarkan. Koleksi ini juga merupakan inisiatif De’Xandra dalam mempelbagaikan pilihan buat penggemar wangian yang setia dan meraikan peminat baharu.

“Selain memberi peluang kepada para peminat selebriti, mereka juga berpeluang mengumpul koleksi wangian daripada artis kegemaran. Berdasarkan data dan rekod, kehadiran selebriti secara langsung membantu menaikkan reputasi jenama yang memberi impak langsung peningkatan kepada jualan, “ ujarnya.

Katanya lagi, selain berkongsi citarasa wangian, pilihan selebriti juga berperanan menyokong usaha mempromosikan produk dan memberi motivasi dan galakan kepada usahawan-usahawan. Terutama bangkit dan meneruskan perniagaan pasca pandemik bersama-sama De’Xandra.

“Sebagai tanda sokongan berterusan, sebelum majlis pelancaran telah berlangsung aktiviti di kalangan pengedar yang hadir dari seluruh negara temasuk memperbaharui teknik pemasaran dan sasaran jualan

“De’Xandra sentiasa membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang ingin bersama dengan kami. Berdasarkan data dan rekod yang terkini syarikat telah melahirkan usahawan perniagaan termasuk wakil pengedar seramai 30,074 orang dengan peningkatan 65 peratus sejak dari 2020 sehingga 2022.

“Ini bermakna dalam tempoh pandemik akibat Covid-19 yang lalu, jumlah wakil jualan telah meningkat kerana mereka telah diberi bimbingan yang betul, cekap dan menghasilkan jualan memuaskan melalui perniagaan dalam talian,” katanya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas