Berita

Derma pakaian tersayang, nikmati ganjaran hebat di Suria KLCC

PENGUNJUNG berswafoto dengan keindahan bunga gergasi berwarna-warni di ruang legar utama Suria KLCC.
- Diterbit 12 Jun 2022 6:00 AM MYT

SURIA KLCC bekerjasama dengan The Salvation Army memberi ganjaran istimewa baucar ekstra dari kedai-kedai terpilih kepada pembeli yang menderma lebih lima helai pakaian mereka.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brian berkata ini adalah masa terbaik buat para pengunjung KLCC membeli belah di kedai fesyen kegemaran mereka.

“Kempen derma pakaian tersayang ini memberi peluang dan galakan kepada pengunjung untuk membuat kebajikan. Pakaian yang telah dikumpul akan didermakan kepada The Salvation Army dalam masa seminggu selepas kempen tamat.

“Semasa kempen ini berlangsung, para pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai fesyen, kecantikan, sukan dan salun kecantikan di Suria KLCC berpeluang menerima ganjaran baucar bernilai RM50.

“Kerjasama dengan The Salvation Army terjalin memandangkan ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berkhidmat kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kedai fesyen dan kecantikan terpilih seperti Kate Spade, Giorgio Armani Beauty, Salvatore Ferragamo, Yves Saint Laurent Beaute, Braun Buffel, PUMA juga akan menganjurkan pengaktifan dalam kedai dan tontonan produk eksklusif untuk mencipta pengalaman pembelian istimewa di Suria KLCC.

Dalam pada itu, sambil menderma pakaian, pengunjung boleh menikmati keindahan hiasan bunga gergasi di ‘Secret Garden’, KLCC.

“Bertemakan bloom in style, hiasan ini adalah salah satu aktiviti melalui kempen fesyen dan kecantikan yang telah bermula pada 31 Mei lalu sehingga 19 Jun ini yang mana Suria KLCC dihiasi dengan keindahan serta pencahayaan bunga-bunga gergasi berwarna-warni di ruang utama, Tingkat 1, Ramlee Mall,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas