Berita

DBKL turun banting Himpunan Penyatuan Ummah yang langgar syarat

- Diterbit 13 September 2019 7:28 AM MYT

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan menurunkan pemasangan beberapa iklan Himpunan Penyatuan Ummah selepas didapati melanggar syarat-syarat yang dibenarkan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Dahlan memaklumkan, tindakan tersebut dilakukan ke atas 295 banting berikutan penganjur memasangnya di luar kawasan yang dibenarkan.

Himpunan Penyatuan Ummah yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dianjurkan UMNO dan Pas. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas