Utama

DBKL tambah baik lokasi pertama Jalur Gemilang dikibar

MONUMEN SEJARAH
LOKASI pertama bendera Malaysia dikibarkan.
- Diterbit 11 Ogos 2019 10:51 AM MYT

PUTRAJAYA – Tapak lokasi pertama pengibaran Jalur Gemilang selepas bendera Union Jack diturunkan di Datran Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 12.01 pagi, 31 Ogos 1957 akan ditambah baik.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaiktaraf monumen bersejarah tersebut sebelum sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Ujar beliau, inisiatif itu diambil berikutan ramai yang tidak mengetahui kewujudan monumen berkenaan yang terletak di Dataran Merdeka.

“Insyallah DBKL akan membersih dan mencantikkan lokasi tersebut sebelum 31 ogos ini. Ramai yang tidak tahu lokasi itu.

“Kita akan tambah baik materialnya supaya ia sesuai dengan nilai sejarah selain bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan generasi terdahulu yang bersusah payah memerdekakan Tanah Melayu,” katanya kepada Wilayahku hari ini.

Menurut Nor Hisham, tambah baik tersebut akan mengikut konsep SPICE iaitu smart, precise impact dan cost effevtive. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas