Berita

DBKL serbu sarang pelacuran di Jalan Thambipillai

ANTARA PATI yang ditahan dalam serbuan.
- Diterbit 4 Mac 2021 7:10 AM MYT

SEBUAH hotel lima tingkat di Jalan Thambipillai didapati dijadikan ‘sarang’ pelacuran menempatkan 24 pelacur warga asing.

Mereka juga didapati menawarkan khidmat seks kepada kira-kira 100 pelanggan sehari.

Kumpulan pelacur berkenaan dikawal empat orang ‘kapten’ bagi menguruskan pelanggan dan menjamin keselamatan wanita warga asing berkenaan.

Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dihidu Jabatan Penguatkusaan (JPK) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas membuat serbuan di hotel berkenaan.

Pengarah JPK DBKL, Osman Ismail berkata, serbuan pada 3.15 petang Rabu itu berjaya menahan 22 wanita warga asing dari Thailand, Indonesia dan Vietnam.

“Setiap tingkat di bilik berkenaan mempunyai pelacur dan dikawal oleh seorang lelaki warga tempatan.

“Mereka mengenakan caj antara RM100 hingga RM300 kepada pelanggan yang melanggani wanita warga asing terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Osman berkata, pihaknya mengeluarkan notis mengikut Seksyen 29 Akta Hotel Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

“DBKL turut menyita beberapa barang antaranya kondom, ubat kuat dan peralata seks yang digunakan sindiket.

“Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan boleh menyalurkan di http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas