Berita

DBKL sedia bajet RM50 juta untuk kontraktor G1

KHALID menyampaikan berita baik kepada orang ramai mengenai “Peluang Kerjaya Bersama DBKL” dalam sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.
- Diterbit 16 Januari 2020 10:13 AM MYT

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBLK) memperuntukkan kira-kira RM 50 juta bagi peluang perniagaan kepada kontraktor kecil kelas G1 di sekitar bandar raya ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, jumlah tersebut merupakan dana tambahan daripada belanjawan DBKL 2020.

“Kita akan buka tender atau membuat cabutan, tetapi tambahan ini adalah untuk tahun 2020 kerana kita hendak jaga dari segi kebersihan, perkhidmatan, keselamatan dan sebagainya,”

Kata Khalid, pada 2018, seramai 133 kontraktor dilantik DBKL untuk kerja-kerja secara undian manakala untuk pada tahun lalu, sejumlah 145 kontraktor berjaya dilantik untuk kerja-kerja yang sama.

Jelas beliau, bagi tahun ini, dengan peruntukan yang dimaklumkan tadi, sebanyak 250 kontraktor G1 berpeluang mendapatkan kerja-kerja DBKL.

“Perolehan ini meliputi skop kerja awam, elektrik, mekanikal dan perkhidmtan. Sebagai contoh, kerja-kerja pembaikian dewan-dewan yang telah diambil alih untuk diserahkan kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

“Selain itu, ini juga melibatkan kerja-kerja persediaan menyambut tiga acara besar pada tahun ini iaitu APEC 2020, KLWBC 2020 dan juga Visit Malaysia 2020 yang mana had maksima untuk kerja-kerja ini adalah RM200 ribu untuk setiap satu tawaran kontrak,” katanya.

Perolehan ini akan bermula pada Februari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas