Berita

DBKL nafi lantik SCIB

PENYEDIAAN Garis Panduan Penggunaan Fasiliti Milik DBKL digunakan sebagai rujukan berkaitan penggunaan dan penyewaan fasiliti miliknya kepada calon parti politik untuk tujuan kempen PRU.
- Diterbit 12 Jun 2022 8:24 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) bagi melaksanakan kerja-kerja untuknya.

Unit Medianya berkata, pihak DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.

Terdahulu beberapa media telah melaporkan SCIB melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd, menerima surat lantikan bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn Bhd membabitkan penggantian 200 unit tiang lampu lampu pintar bersepadu DBKL yang dijangka bermula pada bulan ini dan berakhir pada Mei 2023.

Menerusi laporan tersebut, ia mencetuskan komen beberapa pihak yang mempertikaikan nilai kontrak termasuklah beberapa ahli politik. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas