Berita

Dana Pendidikan RM1 juta pupuk budaya menabung

PERADUAN itu bertujuan memupuk nilai dan sikap suka menabung dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil untuk jaminan pendidikan di masa hadapan. PERADUAN itu bertujuan memupuk nilai dan sikap suka menabung dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil untuk jaminan pendidikan di masa hadapan.
- Diterbit 27 Ogos 2021 6:47 AM MYT

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dengan kerjasama Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) telah menganjurkan Peraduan Dana RM1 juta Harapan dalam usaha memupuk budaya menabung di awal usia.

Menurut kenyataan PTPTN itu, peraduan itu menyediakan hadiah berjumlah RM1 juta dan ia adalah tajaan sepenuhnya oleh pihak DLMI.

“Peraduan yang telah diadakan pada 5 April 2021 sehingga 30 Mei 2021 lalu menyediakan hadiah berjumlah RM1 juta dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Setiap pemenang menerima RM25,000 melibatkan 40 pemenang. Nilai hadiah yang ditawarkan ini adalah tajaan sepenuhnya oleh pihak DLMI,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya PTPTN dan DLMI pertama kali menjalinkan kerjasama strategik pada tahun 2021 dalam menggalakkan ibu bapa menyediakan tabungan pendidikan anak-anak sejak kecil di samping memberikan panduan kepada ibu bapa memilih susu formula dengan nutrisi lengkap untuk si kecil.

Pihaknya turut berharap peraduan ini dapat membantu masyarakat Malaysia memupuk budaya penabungan khususnya bagi tujuan pendidikan untuk masa hadapan yang lebih cerah.

Dalam pada itu, PTPTN turut mengalu-alukan penglibatan agensi Kerajaan dan syarikat korporat untuk menjadikan SSPN-i sebagai pemberian hadiah dan sebagainya.

“Dalam usaha untuk menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara, PTPTN sentiasa mengalu-alukan penglibatan agensi Kerajaan dan syarikat korporat untuk menjadikan SSPN-i sebagai pilihan utama sebagai pemberian hadiah, insentif atau sumbangan melibatkan program, anugerah, kempen dan peraduan.

“Ini kerana SSPN-i merupakan produk simpanan terbaik dengan menawarkan pelbagai keistimewaan seperti manfaat pelepasan taksiran cukai, dividen yang kompetitif, perlindungan takaful secara percuma, simpanan dijamin kerajaan dan skim ini patuh syariah,” katanya menerusi satu kenyataan media.

PTPTN turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan senarai pemenang Peraduan Dana RM1 juta Harapan boleh diperolehi melalui laman sesawang https://www.smartmoments.com.my/ms/dana-sejuta-harapan/ dan para pemenang boleh membuat semakan berkenaan wang tunai yang dimenangi di penyata SSPN-i melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my. -WILAYAHKU- DIANA AMIR

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas