Selebriti

Dai Syed, Hana sah suami isteri… Rancang bulan madu di Makkah

||||||
- Diterbit 3 Disember 2022 5:12 AM MYT

PENDAKWAH bebas, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful,27, selamat bernikah dengan pengacara, Hana Ismail,36, pada 11.43 pagi ini dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Ampang, Selangor

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Ismail Dahwan disaksikan jurunikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai.

Pada majlis itu, Dai Syed menyerahkan mas kahwin seutas gelang dan wang hantaran dirahsiakan.

Majlis akad nikah itu dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Menurut Da’i Syed, Hana adalah satu anugerah Allah buat dirinya.

“Syukur Alhamdulillah, ini satu pemberian Allah dengan menjadi suami kepada Hana Ismail. Pada pagi ini dapat juga bersama para ulama yang mendoakan kami.

“Tarikh nikah hari dilangsungkan tiada apa-apa maksud cuma dipercepatkat kerana tidak mahu proses berkenalan terlalu lama, hanya sebulan setengah sahaja.

“Kenapa saya memilih Hana, sebab sayalah saya memilih Hana. Keistimewaan dia banyak. Antaranya cantik budi pekertinya, budi bahasanya cantik dan suka ke majlis ilmu,” ujarnya.

Menyentuh tentang bulan madu, Hana akui akan ke Sabah dan seterusnya ke Makkah bersama suami.

“Minggu depan, kami akan ke Sabah atas urusan kerja dakwah. Alang-alang nak ke sana bawalah suami sekali.

“Sebulan selepas itu kami akan menunaikan umrah bersama-sama dan seterusnya melawat keluarga Walid (ayah Da’I Syed) di Mesir,” ujarnya.

Terdahulu, Dai Syed bertunang dengan Hana pada 16 November baru-baru ini
Dai Syed dan Hana akan diraikan pada majlis resepsi di Shah Alam, Selangor, malam ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas