Berita

Dah tuntut e-Tunai Rakyat?

e-Dompet. Gambar hiasan
- Diterbit 15 Januari 2020 8:08 AM MYT

INISIATIF e-Tunai Rakyat yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2020, Oktober tahun lalu, membabitkan peruntukan RM450 juta.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, langkah itu bertujuan menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai.

Haa, mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan? Sebab tak perlu beratur panjang untuk keluarkan duit di pusat beli belah dan prosesnya lagi mudah. ‘Scan n Go’

Selepas memohon, e-Tunai ini akan dimasukkan ke dalam akaun anda dalam tempoh lima hari.

Individu yang layak, diberi tempoh memohon sebelum 9 Mac depan saja. Mohon cepat-cepat ya, nanti rugi! Tempoh gunanya juga sehingga 14 Mac sahaja.

Bagi yang belum menuntut e-Tunai Rakyat ni, Wilayahku kongsikan langkah-langkahnya.

1) Muat turun salah satu daripada tiga aplikasi yang ditetapkan iaitu Touch ‘n Go, Grab dan Boost

2) Buka aplikasi. Tekan ruangan e-Tunai Rakyat di muka depan.

3) Isi maklumat, masukkan gambar Mykad dan tekan hantar permohonan

4) Selepas hantar, anda akan terima mesej seperti ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas