Berita

“Dah dua kali tunda sebab COVID-19” – Syafiq Farhain

- Diterbit 18 Januari 2021 12:21 AM MYT

PENYANYI kacak Syafiq Farhain,26, menjelaskan rangka promosi lagu terbaharunya, Kau Bidadari terjejas akibat  pandemik COVID-19.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, sudah dua kali penggambaran muzik video lagu ini ditangguhkan. 

“Sepatutnya sekarang saya sedang mempromosi lagu Kau Bidadari, namun semuanya terpaksa ditunda ke tarikh lain memandangkan negara kita belum Bebas daripada COVID-19.

“Kalau ikutkan, dah dua kali tunda sebab COVID-19. Apa boleh buat, kerjaya itu penting, tapi kesihatan perlu diutamakan.

“Sebelum ini shooting muzik video ditunda kerana team production kena kuarantin selama 14 hari kerana ada antara kami yang mempunyai kontak rapat dengan positif COVID-19.

“Kemudian, kali kedua ditunda kerana PKP 2.0 dilaksanakan. Semua shooting terpaksa dibatalkan,” luah kepada Wilayahku.

Syafiq Farhain  sedikit rasa terkilan dengan penangguhan penggambaran muzik video Kau Bidadari.

Namun, Syafiq berpendapat PKP 2.0 ini sangat perlu memandangkan kes COVID-19 semakin meningkat dan mengganas.

“PKP 2.0 ni memang perlu sangat. Walaupun banyak perkara atau kerja yang tergendala dan ekonomi pun boleh merosot kalau terus macam ni, namun bagu saya ini langkah terbaik yang diambil oleh kerajaan. 

“Iyalah, semua tahu angka kes COVID-19 makin hari makin meningkat. Kita tak nak seluruh masyarakat akan susah di kemudian hari. Jadi pelaksanaan PKP 2.0 sangat wajar,” ujarnya anak kepada Allahyarham penyanyi Saleem. 

Syafiq yang juga merupakan ahli bomba di Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya ini pernah popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku, Kamar Hati, Demi Setia, Pakat Maghi Ganu dan Ya Hanana.

Semoga Syafiq Farhain terus sukses ya! – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas