Berita

Daftar Program Bas Sekolah Percuma hingga 10 Februari

PENYEDIAAN Garis Panduan Penggunaan Fasiliti Milik DBKL digunakan sebagai rujukan berkaitan penggunaan dan penyewaan fasiliti miliknya kepada calon parti politik untuk tujuan kempen PRU.
- Diterbit 15 Januari 2023 2:00 AM MYT

JABATAN Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuka pendaftaran Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus bermula 9 Januari (Isnin) sehingga 10 Februari (Jumaat) ini.

DBKL satu kenyataan memaklumkan, penyertaan ini terbuka kepada mana-mana pelajar darjah satu hingga tingkatan lima bagi sesi 2023/2024 yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kepada mana-mana pihak yang ingin membuat permohonan, borang boleh dimuat turun di pautan
https://tinyurl.com/2s4zneb2 atau imbas kod qr di laman Facebook rasmi DBKL.

“Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan boleh dihantar di Pejabat Kecil Perumahan DBKL yang berhampiran atau Pejabat Pengurusan Perumahan Zon DBKL.

“Walau bagaimanapun, sekiranya ada pihak atau individu menghantar borang tidak lengkap atau menyerahkan selepas tarikh tutup permohonan, maka permohonan tersebut tidak akan diterima oleh pihak urusetia,” jelas kenyataan tersebut.

Sebarang pertanyaan, anda boleh e-melkan kepada [email protected]. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas